Berapa ramai yang gembira? Berapa ramai pula yang berduka. Yang menang pasti akan mencaturkan strategi untuk meneruskan kecemerlangan dalam pentadbiran. Yang kalah akan mencongak-congak akan strategi pertempuran akan datang.
Seronok melihat gelagat apabila adanya pilihanraya kecil. Masing-masing dengan gaya dan cara untuk memenangi hati pengundi. Ada yang tonjolkan calon anak tempatan, ada yang berpaut pada isu nasional, ada yang mengeluarkan isu persekitaran malah ada yang hanya melihat tanpa berkata apa-apa. Semua terlibat, dari yang tua hingga yang muda, dari "Orang Putrajaya" hingga lah "Orang Kota Bahru, Penang dan Selangor". Masing-masing membawa harapan menggunung tinggi namun dalam peperangan akan pasti ada yang tewas.
Kadang-kadang kita rasakan bahawa gajah tidak mungkin kalah kerana saiz badannya besar tetapi di kedua-dua bukit yang terbabit dalam pertempuran itu gajah telah tumbang. Persoalannya kenapa gajah boleh tumbang? Adakah tidak cukup makan atau terlebih makan sebelum masuk ke medan perang? Atau gajah itu terlalu sombong hinggakan tidak perasan nyamuk yang kecil terlebih dahulu masuk ke telinga lalu menggigit gegendangnya. Ternyata apabila berperang, panglima wajib tahu menyusun strategi.
Bagi saya, Barisan Nasional tidak belajar dari kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Jentera yang dihantar seperti askar yang dipaksa berperang berbanding di pihak yang satu lagi. Seperti artikel saya yang lepas , berkenaan 2 bintang bersinar, saya menggariskan tentang keikhlasan dan kejujuran. 2 perkara besar ini sukar di lihat di kalangan perajurit Barisan Nasional berbanding laskar Pakatan Rakyat. Minat untuk menyertai angkatan perang BN amat berbeza dengan minat yang ditunjukkan oleh laskar-laskar PR. Darah-darah muda dalam PR meluap-luap hinggakan hanya 2 orang diperlukan untuk menahan sebuah bas yang membawa perayu undi di Bukit Selambau.
Dari sudut pengorbanan pula, semangat mereka amat luar biasa seperti semangat orang UMNO di tahun 1946 dahulu semasa menentang Malayan Union dan semangat semasa mendapatkan kemerdekaan 1957 yang memerlukan korban harta benda , jiwa dan raga. Kenapa semangat ini beralih tangan? Kenapa UMNO yang mencetus gerakan rakyat tidak mampu kekalkan semangat ini? Mungkin juga ini balasan dari yang Maha Esa kerana kita terlalu alpa apabila kita senang. There is no more comfort zone for UMNO and Barisan Nasional.
Pada pandangan saya, BN tenggelam dalam pembangunan yang dibinanya sendiri. Namun perlu diingat, tenggelam bukan bererti mati, masih ada cara untuk selamatkan diri. Hakikat ini perlu disedari oleh Jeneral dan angkatan BN. Segala sifat-sifat mazmumah perlu dibuang. Kikis segala hasad dengki. Rawat semua pekong di badan. Merendah dirilah supaya mudah mencerap segala permasalahan golongan marhain.
Maaf dipinta sekiranya terkasar bahasa.
Cuma meluahkan apa yang terbuku di dada.
Bukan bertujuan mengata sesiapa.
Tetapi untuk melihat semua bangsa terbela.
salam hormat dari hamba
tunmegat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tunmegat,
ReplyDelete1. Saya bersetuju dengan pandangan saudara mengenai semangat perjuangan jentera pilihan raya BN yang sudah tidak setulen seperti pada tahun 1946. Jentera BN pada masa kini lebih mengharapkan balasan (nama, upah, dsb) dan tiada ketulusan dalam perjuangan.
2. Selain itu, saya merasakan bahawa BN telah tersalah strategi pada kali ini. Meminjam kata-kata Tun Mahathir "Melayu Mudah Lupa". Benar...era Pak Lah sudah berakhir. Tetapi kepimpinan sekarang tidak boleh meninggalkan Pak Lah begitu sahaja. Dalam keadaan semua penyokong UMNO bergembira menyambut kepulangan Tun Mahathir, mereka terlupa kepada Pak Lah yang pernah menjadi pemimpin no. 1 mereka. UMNO dan BN harus ingat, Pak Lah juga mempunyai pengikut tersendiri. Dan ini antara faktor yang mengurangkan undi BN.
Sekian