Wednesday, June 17, 2009

Ribut 7.00ptg 16 Jun 2009

Salam .

Pagi tadi saya bersama-sama rakan sekerja dan beberapa rakan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Penghulu Mukim Penor meninjau rumah-rumah yang di timpa musibah akibat ribut pada semalam(16.6.2009). Ada yang hilang atap, ada yang dihempap pokok Pinang, ada di hempap pohon Rambutan. Paling menyedihkan bila mengenangkan kehidupan mangsa tersebut sememangnya sudah lama susah. Ada yang berkerja sendiri, ada yang yatim piatu dan ada juga ibu tunggal. Apabila di amati, baru saya mengerti peribahasa " sudah jatuh , di timpa tangga".

Walaubagaimana pun saya ingin merakamkan tahniah kepada Tok Penghulu Mukim Penor kerana bertungkus lumus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kepada ketua-ketua kampung yang memberikan kerjasama juga diucapkan tahniah walaupun saya dikhabarkan perkhidmatan mereka selaku Ketua Kampung masih belum di sambung perkhidmatan. Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka belum sah dalam jawatan mereka , namun atas rasa tanggungjawab dan perihatin mereka tetap memberikan perhatian kepada masyarakat kampung.

Semangat yang sebegini yang amat diperlukan untuk membentuk satu gagasan 1 Malaysia yang lebih gemilang. Namun , bagi saya ada ruang yang boleh diperbaiki dalam mempercepatkan urusan bantuan disalurkan. Semoga segala usaha murni membantu rakyat diberkati Allah hendaknya.

salam dari hamba

tun megat

2 comments:

  1. Bila saya dengar berita bencana alam seperti ni sedih mengenangkan orang susah bertambah susah....diharap segerakanlah bantuan untuk golongan ini.....masyarakat prihatin

    ReplyDelete
  2. Ya la, bagus la ade JKKK ke, ketua cawangan yan masih bersikap sedemikian,sbb koi selalu dengar gak isu JKKK ni ade yang suke kroni.. hok dapat bantuan mereka dan keluarga mereka saja...

    ReplyDelete